THANK YOU FOR VISITING THIS BLOG

Hello!! Thank you for visiting my blog. Your support is very appreciated. Do comments on my blog if you have any suggestion or improvement. Enjoy!

Apa yg anda minat terhadap Dato' Siti?

Tuesday, May 4, 2010

Sisi Moden Siti

Majalah EH! edisi Mei 2010 kali ini menjemput Dato' Siti sebagai model utk kulit hadapan majalah mereka. Dato' Siti telah dijelmakan dalam gaya yg lebih ranggi dan santai, berbanding kebiasaan Siti yg tampil dgn gaun labuh kala membuat persembahan mahupun sbg muka depan majalah. Pihak EH! berterima kasih kpd Rizman Ruzaini dan Syaiful Baharim yg sudi mereka busana baru khas utk penggambaran hiasan kulit EH! edisi Mei ini.

Dari segi solekan tidak jauh berbeza dengan gaya solekan Siti sebelum ini. Solekan adalah sepenuhnya menggunakan produk kecantikan SimplySiti utk melakar rona di wajah penyanyi nombor satu negara ini. Menurut Siti, gincu rona Sutra Maya adalah kegemarannya krn ronanya tampak semula jadi.

     


Bagi saya, fesyen seperti nie mmg tampak moden dan sempoi. Cuma sy kurang suka fesyen Siti yang berjaket tue. Bkn tak suka fesyennya tapi sarung kepala Siti yg macam gaya makcik2 kampung. Sy harap Siti carilah sarung kepala lain yg lebih stylish gitu.

Sy paling suka fesyen Siti yg berbaju biru dalam gambar kedua tue. Warna biru gelap bajunya memang betul2 menyerlahkan wajah Siti yg putih mulus tue. Sarung kepala memang tampak moden dgn jambul yg disikat rapi dan kemas.

Untuk gmbar yg bawah nie pula, jaket kuning yg Siti pakai mengingatkan sy pada Micheal Jackson. Topinya pula mengingatkan sy masa Konsert SATU di Istana Budaya. Kalau anda ingat, Siti memang ada pakai topi macam nie kan. Cume...alahai...posing macam nie kurang sesuai utk Siti yg agak jelas menampakkan susuk tubuh dia. Tapi takpe lah, yg penting tak seksi macam sesetengah artis lain yg dedah sana sini.


Konklusinya, sy suka melihat sisi moden Dato' Siti kita nie. Semoga terus maju jaya