CTKD merupakan album duet pertama yg dihasilkan oleh Dato' Sit bersama-sama Krisdayanti. CTKD membawa maksud Canda, Tangis, Ketawa, Duka, selain merupakan singkatan nama mereka iaitu CT (Siti) dan KD (Krisdayanti). Album ini diterbitkan pada 28 Disember 2009 iaitu pada tahun yg sama album Tahajjud Cinta diterbitkan.
Dengan mengandungi enam runut lagu, album ini dihasilkan oleh komposer dan penulis lagu yg terkenal dari Malaysia dan Indonesia seperti Aubrey Suwito, Audi Mok, Sharon Paul dan lain-lain lagi. Album ini turut disertakan 4 lagu intrumental sebagai bonus. "Amarah" merupakan single pertama yg diterbitkan daripada album ini.
CTKD dikatakan mempunyai tempoh penghasilan yg paling singkat iaitu hanya selama sebulan. Kemasukan vokal ke dalam lagu pula dilakukan selama seminggu.
Berikut adalah ikon dari Sitizone yg boleh dimuat turun:
Track listing
1. Jika Kau Tak Datang
2. Sebagai Teman
3. Tanpamu
4. Amarah
5. Hanya Dia
6. Dalam Diamku
7. Tanpamu (minus one)
8. Amarah (minus one)
9. Hanya Dia (minus one)
10. Dalam Diamku (minus one)
*Klik untuk muat turun*