THANK YOU FOR VISITING THIS BLOG

Hello!! Thank you for visiting my blog. Your support is very appreciated. Do comments on my blog if you have any suggestion or improvement. Enjoy!

Apa yg anda minat terhadap Dato' Siti?

Friday, May 28, 2010

KPAC official

Salam 1Malaysia....
Ape kabo sume? Smoga semunya sihat slalu. Rasanye dah lame sy tak update blog sy nie. Maklum lah ade komitmen lain di luar sana. Sy baru saje browse Youtube utk mncari video2 yg menarik trutama skali video Dato' Siti kte nie. Name pun dah pminat fanatik. Mmg takkan jemu menonton video2 klip beliau.

Apepun, pncarian sy di Youtube kali nie telah mngejutkan sy!! Klip video trbaru dari Dato' Siti yg slama nie sy nanti2 kan. Sy pasti bkn diri sy saje yg mndambakan sesuatu yg baru dr Dato' Siti, malah pminat2 Siti dan Sitizoners turut merasakan prkara yg sama.

Inilah dia klip video yg penuh bg single Ku Percaya Ada Cinta yg sbelum ini hanya dipertonton sbg preview saje. ENJOY!!




Lirik:

Mereka meragui wujudnya cinta yang sejati
Tidak hati ini
Semenjak dari mula
Ku yakin ada cinta
Cintalah yang memungkinkan segala

*
Ku rela biar betapa pun perit tertusuk duri
Jalan berliku tiada bertepi
Ku percaya tidak sia-sia aku diuji
Demi cinta tersembunyi hikmahNya pasti

Korus
Pandang-pandang alam ini
Sambil pandang difikiri
Mana bumbung langit tinggi
Mana lantai bumi
Tiap satu yang terjadi
Tidak mungkin tersendiri
Cuba cari jawapannya andai meragui

Mereka meragui wujudnya cinta yang sejati
Tidak hati ini
Semenjak dari mula
Ku yakin ada cinta
Cintalah yang memungkinkan segala

(Ulang *)
(Ulang Korus)
(Ulang *)

Ada hikmah yang pasti..
Sejak mula ku percaya ada cinta
Cinta itu memungkinkan segalanya
Cinta suci yang abadi

Wednesday, May 5, 2010

My Secrets is Yours

Salam 1Malaysia...

Sy kembali utk update blog ini. Kali ini sy bawakan anda single terbaru dari Dato' Siti kte, Rahsiaku Milikmu yg juga merupakan lagu tema produk kecantikan beliau, SimplySiti. Sy pasti kbanyakan anda sudah mndengar single ini tp sy letakkan juga di blog ini sbg koleksi peribadi beserta liriknya. Lagu ini dinamakan sempena tagline SimplySiti, Rahsiaku Kini Milikmu.

Lagu ini memang enjoyable dan easy-listening. Lirik pun tidak berat dan mudah dihafal. Suke mase part Siti tarik suara dia "sepenuh....hati.....". Enjoy!!


Lirik Rahsiaku Milikmu:

Sekian lamanya ku tunggu
Bersabar berdoa agar ia berlaku
Ko mohon selalu padaMu

Chorus

Percayalah segala yang ku berikan tiada bandingan
Telah ku curahkan kasihku padamu
Percayalah segala yang ku berikan tiada bandingan
Rahsiaku kini milikmu
Kini milikmu percayalah

Lembutnya membelai wajahku
Dan indah melakarkan senyuman di bibirku
Impian telah ku temu

Ulang Chorus

Hanya satu yang ku ingini
Tetapkanlah di dalam hati
Mensyukuri kurniaan Illahi
Bila kau perlu aku nanti
Ku kan terus setia di sini
Menemani dikau sepenuh hati
Percayalah

Ulang Chorus

Rahsiaku kini milikmu

Tuesday, May 4, 2010

Sisi Moden Siti

Majalah EH! edisi Mei 2010 kali ini menjemput Dato' Siti sebagai model utk kulit hadapan majalah mereka. Dato' Siti telah dijelmakan dalam gaya yg lebih ranggi dan santai, berbanding kebiasaan Siti yg tampil dgn gaun labuh kala membuat persembahan mahupun sbg muka depan majalah. Pihak EH! berterima kasih kpd Rizman Ruzaini dan Syaiful Baharim yg sudi mereka busana baru khas utk penggambaran hiasan kulit EH! edisi Mei ini.

Dari segi solekan tidak jauh berbeza dengan gaya solekan Siti sebelum ini. Solekan adalah sepenuhnya menggunakan produk kecantikan SimplySiti utk melakar rona di wajah penyanyi nombor satu negara ini. Menurut Siti, gincu rona Sutra Maya adalah kegemarannya krn ronanya tampak semula jadi.

     


Bagi saya, fesyen seperti nie mmg tampak moden dan sempoi. Cuma sy kurang suka fesyen Siti yang berjaket tue. Bkn tak suka fesyennya tapi sarung kepala Siti yg macam gaya makcik2 kampung. Sy harap Siti carilah sarung kepala lain yg lebih stylish gitu.

Sy paling suka fesyen Siti yg berbaju biru dalam gambar kedua tue. Warna biru gelap bajunya memang betul2 menyerlahkan wajah Siti yg putih mulus tue. Sarung kepala memang tampak moden dgn jambul yg disikat rapi dan kemas.

Untuk gmbar yg bawah nie pula, jaket kuning yg Siti pakai mengingatkan sy pada Micheal Jackson. Topinya pula mengingatkan sy masa Konsert SATU di Istana Budaya. Kalau anda ingat, Siti memang ada pakai topi macam nie kan. Cume...alahai...posing macam nie kurang sesuai utk Siti yg agak jelas menampakkan susuk tubuh dia. Tapi takpe lah, yg penting tak seksi macam sesetengah artis lain yg dedah sana sini.


Konklusinya, sy suka melihat sisi moden Dato' Siti kita nie. Semoga terus maju jaya

Sunday, May 2, 2010

TAHNIAH!! CONGRATULATION!!

Salam 1Malaysia kpd pminat2 Siti...

Ape kabo? Smoga sihat selalu. Pertama sekali sy ingin mngucapkan brbanyak terima kasih kpd yang sudi melayari blog ini. Penghargaan yg tak terhingga kpd yg sudi mngundi lagu2 Siti dlm survey yg telah sy sediakan. Insyaallah, sy akan menambah lagi senarai2 lagu ini utk diundi. Terima kasih skali lagi atas sokongan anda.

Pada 2 Mei 2010, kita telah mnyaksikan berlangsungnya anugerah yg dikatakan masih brprestij iaitu Anugerah Industri Muzik (AIM) yg ke-17. Dgn dikendalikan oleh 2 org pengacara yg bukan calang2, iaitu Afdlin Shauki dan Adibah Noor menjadikan rancangan ini brjalan dgn lancar disamping penonton turut trhibur dgn gelagat mereka.

Sy disini sbg peminat Dato' Siti Nurhaliza mngucapkan setinggi2 tahniah atas anugerah yg beliau terima dalam AIM17 ini. TAHNIAH!! I LOVE YOU SITI!

Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita)

Ku Percaya Ada Cinta

Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Lagu

Amarah

 

Tahniah sekali lagi! Persembahan yg begitu mantap oleh CTKD sbg opening AIM17 dgn lagunya Jika Kau Tak Datang. Sy begitu teruja sampai tak sedar mulut dah ternganga. Nasib baiklah takde lalat yg masuk. Hahaha... Apepun, pd pendapat sy dgn persembahnya lagu Jika Kau Tak Datang, single ini telah di'release' secara rasmi. Mungkin selepas ini, sy berharap single ini akn mula dimainkan di radio2 dan memasuki carta2 lagu. I hope so...

Sekian disini sahaja. Sehingga ketemu lagi.... (^_^)

Saturday, May 1, 2010

Preview KPAC

Sdg sibuk browsing video Siti kat youtube, tetiba terbaca satu tajuk video yg mmg menarik perhatian sy. Ditulis kat situ 'Ku Percaya Ada Cinta official video'. Apalagi, sy trus klik dan tengok video nyer. Hampa...video nie rupanyer cume preview jer yang ditayangkan di kaca TV. Tapi memang best video muzik Siti nie dan jauh lebih baik jika dibandingkan dgn video muzik "Tahajjud Cinta". Teringin nak tengok keseluruhan video nie. Harap Siti dapat release klip video nie as soon as possible. Tak sabar ku menunggu...

Enjoy!!


Lepas byk kali menatap video muzik nie, ada terperasan beberapa part dimana wajah Siti mirip sangat2 dgn Rossa. Patutlah dulu peminat Rossa pernah terkeliru dgn Siti. Bak kata org Indonesia, mirip banget seh same mbak Rossa...waduh!!

Apepun, suke sangat2 baju Siti. Jambul dia pun disikat rapi dan kemas dan sy rasa inilah jambul dia yg paling cantik antara byk2 jambul yg dia penah buat. Ditambah pula dgn effect angin buatkan rmbut dia beralun-alun lembut jer.

Monday, April 26, 2010

Amarah!!

Salam 1Malaysia

Update utk blog ini nmpaknye makin banyak. Walaupun takder lagi org yg melawat blog, tp kire okay la utk kpuasan diri sndiri.

Hari tue ade tgk kat TV, tp rancangan nyer tak pasti ape, ade dtayangkan satu video muzik Dato' Siti. Memang terkejut giler la pasal tak penah tgk lagi video tue. Rupanyer video muzik Amarah brgandingan dgn Krisdayanti. Boleh tahan la video nyer. Sy ape lagi, lepas tgk tue terus bukak youtube utk check. Jumpe jer trus download.

Inilah video muziknyer...Enjoy!!




Pada pndapat sy, video ini perfect kerana daya tarik CTKD yg baik dgn close up wajah dan body language mereka sgt menarik dgn angle yang baik, simple namun tetap elegan.

"Angelic" Siti dipersembahkan dgn warna biru sky yang sejuk dan ungu elegan dgn model rambut yg feminin. "Energetic" KD dengan merah sensual dan ungu tosca yang meriah disertakan pula dgn potongan rambut yang urban gothic. Sy rasa video ini sudah ckup utk menginterpretasi peribadi mereka masing2 malah sesuai pula dgn corak vokal mereka. Good job!!

Saturday, April 24, 2010

Terima kasih

Selamat datang ke blogspot Singles of Siti. Pertama skali ucapan bebanyak terima kasih kerana sudi melawat blog ini. Sy masih baru dalam membuat blog ini. Diharap agar anda dapat mmberi komen dan cadangan agar sy dapat improve lagi blog supaya lebih menarik .

Tujuan blog ini diadakan adalah sy ingin mngumpul kesemua lagu-lagu Dato' Siti Nurhaliza termasuk album-album beliau. Sy ingin jadikan blog ini seperti carta radio dimana setiap album sy adakan survey utk anda mngundi lagu-lagu kegemaran anda.

Sy akan update blog ini setiap mggu jika tiada komitmen lain dimana lagu yg meraih undian tertinggi dlm stiap album akn sy kumpulkan dlm satu lagi survey lain. Anda akan mngundi pula antara juara lagu-lagu stiap album tersebut. Dgn itu, dpatlah kita tahu lagu yg paling digemari dlm mggu tersebut atau dengan kata lain juara bagi carta mgguan trsebut.

Sy harap bagi peminat-peminat Dato' Siti Nurhaliza sudi menyertai survey2 sy ini. Sebarang kekurangan harap ditegurlah agar sy dapat mmperbaiki nya. Enjoy!!!
Wallpaper sempena 15 tahun Dato' Siti mnceburkan diri dalam bdang seni.
Utk muat turun, klik saja pada gmbar nye